Menu diet

SALAD SAYUR
------------------
Bahan - Bahan

daun salad - 4 helai
buah tomato - sebelah
bawang besar - sebelah
sosej ayam - 1 btg digoreng dan di kerat kecil
mayonis brand kimball - 2 sudu besar
cuka makan - 1 sudu kecil

Cara-caranya

Gaulkan semua bahan di atas dan sedia dimakan bersama AYAM/DAGING/IKAN bakar or goreng..

 FILLET IKAN (brand Figo)
------------------------------



AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE
--------------------------------------------
 Bahan bahan

Ayam - 1 ekor kerat 6 dan di bersihkan
Serbuk rempah kari - 3 sudu besar
Cili pes (mesin)  - 3 sudu besar
Garlic Spread - 1 sudu besar
Mayonis kimball - 2 sudu besar
sedikit garam

Cara caranya

Gaul kesemua bahan bersama sama ayam dan perap selama 2 atau 3 hari. Bila nak makan di goreng naik bau aroma ayam berempah. Sungguh menyelerakan.


GARDEN GOLDEN SWISS ROLL EGG WITH CHICKEN SOSEJ
-------------------------------------------------------------------------

Bahan-bahan

Telur - 2 biji
Bawang Merah - sebelah
Bawang Putih - seulas atau guna Garlic Spread (sesudu kecil)
Cili Padi - 1 hingga 2 ulas hiris kecil kecil
Secubit garam
Sosej Ayam/Daging - 1 batang digoreng terlebih dahulu

Cara-caranya

Campurkan semua bahan dalam mangkuk kecuali sosej ayam dan pukul dengan whiskes sehingga rata kemudian goreng dalam kuali leper. Sementara telur masak letakkan sosej ayam yang telah di goreng tadi di tengah tengah telur. Bila telur sempurna masak gulung telur bersama sosej ayam. Sedia utk di makan.



SIAKAP SOUP WITH PAK CHOY
----------------------------------------
Bahan-bahan

ikan siakap - di bersihkan dah di kerat kerat mengikut keperluan
sayur sawi pak choy - 2 pokok di bersihkan dan dikerat kerat
bawang putih - 2 ulas di ketuk dan di cincang
halia - besar ibu jari di hiris
cili padi - ikut suka di ketuk dan di belah belah
bawang goreng - ikut suka

Cara cara

Panaskan minyak dan tumis halia/bawang putih/cili padi.
bila dah wangi masukkan air ikut sukatan anda.
Tunggu sehingga air menggelegak masukkan ikan siakap.
letak garam + serbuk PATI  SEDAP KNORR
akhir sekali masukkan sayur sawi pak choy tunggu beberapa minit dan sedia di hidangkan..taburkan bawang goreng utk lebih rasa..


SUP SAYUR TAUHU JEPUN DAN CENDAWAN
--------------------------------------------------------

Bahan bahan

Sayur pak choy - 2 pokok di kerat kerat kecil
Cendawan hitam - direndam terlebih dahulu dan di bersihkan dan belah dua
Taufu jepun - 1 itub di kerat kerat
udang kering - sejemput
bawang putih - 2 ulas di cincang
cili padi - ikut suka di ketuk dan belah belahkan

Cara caranya

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih + udang kering + cili padi hingga wangi
  • Masukkan air ikut sukatan anda sehingga menggelegak
  • masukkan taufu jepun dan cendawan dan biar dalam 5 minit
  • kemudian masukkan sayur pak choy tunggu sekejap sampai masak dan boleh la di hidang


SUP CENDAWAN
-------------------------

Bahan bahan

cendawan - 1 mangkuk kecil di siat siat dan di bersihkan
suhun - 1/2 mangkuk kecil di rendam dgn air
isi ayam - ikot suka
bawang putih - 2 ulas di cincang
daun bawang - potong kecik utk hiasan
bawang goreng

Cara caranya

  • Panaskan minyak tumis bawang putih + isi ayam hingga wangi.
  • Masukkan air tunggu sampai menggelegak. Masukkan garam + pasti sedap knorr
  • Masukkan suhun + cendawan dan tunggu lagi 5 minit
  • Bila dah masak taburkan daun bawang + bawang goreng sedia utk di makan.


AYAM LAPIS SAYUR
 ---------------------------

 Bahan bahannya

Ayam cincang ramly - anggaran 1 cawan
*Garlic Spread - 1 sudu kecil
*Serbuk Lada Hitam - 2 cubit
*Garam - 2 cubit
Bawang Merah -1/2 biji di potong bulat
Tomato - 1/2 biji dipotong bulat
Timun - beberapa keping ikut suka

Cara caranya

Gaulkan ayam cincang bersama bahan yang bertanda ( * )
Kemudian bahagiakan adunan kepada 2 bahagian dan setiap bahagian dileperkan sebesar tapak tangan.
Goreng atas kuali leper dengan anggaran minyak yang sedikit sahaja.
Setelah semua masak lapiskan diatasnya bawang tomatodan timun dan hidang bersama sayur salad. Sedia utk
dimakan.


SILA KLIK SINI DAN SCROLL SAMPAI BAWAH CARI KATEGORI MENU DIET TERDAPAT LEBIH LAGI MENU YANG DI SEDIAKAN..MENGIKUT KATEGORI AYAM/IKAN/SAYUR/TELOR/KUDAPAN..